Misi Hayat Syam | Global Hayat × HAQQ Initiative
GLOBAL HAYAT × HAQQ INITIATIVE
Misi Sedang Berlangsung

Mereka Sedang Bertahan Di Bumi Syam

Ikuti kami menghulurkan bantuan terus kepada saudara kita yang sedang bergelut meneruskan kehidupan di Syria dan Lubnan.

MISI HAYAT SYAM · 3 hingga 13 September 2026

HULURKAN SUMBANGAN
Misi Hayat Syam

Di Sebalik Runtuhan, Ada Kehidupan Yang Masih Perlu Diteruskan

Bertahun-tahun lamanya, saudara kita di Syria dan Lubnan berdepan dengan konflik, kehilangan dan tekanan kehidupan. Bagi sebahagian keluarga, mendapatkan makanan, menyediakan keperluan anak dan meneruskan persekolahan bukan lagi sesuatu yang mudah.

Mereka masih bertahan. Dan mereka masih memerlukan kita.

Keluarga yang menerima bantuan di Syria
Kenapa Misi Ini Digerakkan?

Amanah Anda Kami Bawa Terus Ke Lapangan

Pertubuhan Global Hayat bersama HAQQ Initiative menggerakkan Misi Hayat Syam bagi menyampaikan bantuan kepada komuniti yang memerlukan di Syria dan Lubnan.

Kami mahu sumbangan yang diberikan bukan sekadar menjadi angka. Kami mahu ia sampai dalam bentuk makanan, keperluan pendidikan, santunan dan bantuan yang dapat dirasai sendiri oleh mereka.

Di bumi yang penuh ujian ini, bantuan kecil daripada kita boleh membawa makna yang sangat besar buat sebuah keluarga.

Bentuk Bantuan

Pakej Kasih Sayang Anda Untuk Mereka

Dana yang dikumpulkan akan digunakan bagi menyokong pelaksanaan bantuan sepanjang misi melalui lima bentuk bantuan utama.

01

Ziarah Anak Yatim

02

Jamuan Anak Yatim

03

Bantuan Back to School

04

Kotak Makanan

05

Agihan Makanan Panas

Mungkin Kita Tidak Mampu Mengubah Segalanya. Tetapi Kita Mampu Meringankan Beban Seseorang.

Setiap sumbangan boleh menjadi sebahagian daripada makanan yang mengenyangkan, keperluan sekolah seorang anak, atau sedikit kelegaan buat sebuah keluarga.

SAYA NAK BANTU
Jejak Kebaikan

Amanah Yang Anda Berikan, Kami Usahakan Hingga Ke Lapangan

Misi Hayat Syam bukanlah langkah pertama kami.

Alhamdulillah, dengan sokongan dan kepercayaan para penyumbang, Pertubuhan Global Hayat telah menjalankan pelbagai misi kemanusiaan bagi menyantuni komuniti yang memerlukan.

Setiap senyuman yang terukir menjadi bukti bahawa sebuah sumbangan boleh berubah menjadi makanan yang mengenyangkan, bantuan yang meringankan dan harapan untuk meneruskan kehidupan.

Misi bantuan Global Hayat

Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji.

Surah Al-Baqarah, Ayat 261

Ringankan Kesusahan Mereka

“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin di dunia, Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat.”

Riwayat Muslim

Hulurkan Bantuan

Jadilah Sebahagian Daripada Misi Hayat Syam

Sumbangan anda, sekecil mana pun nilainya, boleh menjadi sebahagian daripada bantuan yang sedang kami bawa kepada saudara kita di bumi Syam.

SUMBANG SEKARANG

Sumbangan anda akan digunakan bagi menyokong pelaksanaan Misi Hayat Syam.

Mungkin Hari Ini, Kitalah Jawapan Kepada Doa Mereka

Mari bersama-sama menjadi asbab kebaikan, meringankan beban saudara kita di Syria dan Lubnan, serta meninggalkan jejak kebaikan yang terus dikenang.

Global Hayat × HAQQ Initiative
Misi Hayat Syam · Syria & Lubnan · September 2026

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Tabung Kemanusiaan Syria (RM200)
Tabung Kemanusiaan Lubnan (RM200)
Tabung Kemanusiaan Syria (RM100)
Tabung Kemanusiaan Lubnan (RM50)
Tabung Kemanusiaan Lubnan (RM30)
Tabung Kemanusiaan Syria (RM30)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN