Bantuan Kecemasan Lubnan



Hari ini, Lubnan kembali diuji dengan krisis kemanusiaan yang sangat berat. 

Sejak konflik memuncak semula pada Mac 2026:

- Ramai keluarga terpaksa meninggalkan rumah

Ada yang berlindung di pusat perlindungan sementara

- Ada yang hidup dalam keadaan serba tidak menentu.

Sehingga 30 April 2026, Kementerian Kesihatan melaporkan:

2,586
Kematian
8,020
Kecederaan
184
Kanak-kanak
296
Wanita

Antara yang paling terkesan ialah pelarian Palestin di Lubnan serta rakyat Lubnan yang kini kehilangan akses kepada keperluan asas harian.

Bila Makanan Menjadi Ujian

Dalam suasana biasa, makanan mungkin hanya menjadi rutin harian kita.

Tetapi bagi mereka yang sedang diuji, makanan boleh menjadi sebab seorang anak mampu bertahan.

Air bersih boleh menjadi sebab sebuah keluarga terhindar daripada penyakit.

Kit kebersihan boleh menjadi sebab mereka masih dapat menjaga maruah dan kesihatan diri.

 Konflik telah mendorong hampir satu perempat daripada populasi Lubnan ke arah ketidakjaminan makanan yang akut.

Keadaan Di Lapangan

Ini adalah realiti yang dihadapi oleh saudara kita di Lubnan. Setiap gambar menceritakan kisah penderitaan dan keteguhan mereka dalam menghadapi ujian.

Keadaan krisis di Lubnan
Keadaan kebakaran
Keadaan serangan
Keadaan serangan lanjut


Beginilah keadaan kemusnahan yang telah dilakukan oleh rejim Zionis

Bantuan Awal Telah Disalurkan

Alhamdulillah, bantuan awal daripada pihak Global Hayat telah pun diberikan kepada sebahagian keluarga yang terkesan.

Namun, keperluan di lapangan masih besar.

Bantuan diberikan kepada keluarga

Bantuan makanan untuk keluarga
Senyuman harapan dari penerima bantuan


Masih ada keluarga yang menunggu makanan.

Masih ada ibu ayah yang memikirkan apa yang boleh diberikan kepada anak-anak.

Masih ada pelarian Palestin dan rakyat Lubnan yang memerlukan air bersih, kit kebersihan dan keperluan asas.

Sebab itu, lebih banyak bantuan akan dihantar secara berperingkat, insyaAllah.

Apa Yang Akan Disalurkan?

Pek makanan asas
Bekalan air bersih
Kit kebersihan keluarga
Keperluan asas untuk pusat perlindungan
Bantuan segera mengikut keperluan semasa

Jangan Pandang Kecil Kebaikan

Kadang-kadang kita menunggu mampu memberi banyak, lalu akhirnya kita tertangguh daripada memberi sedikit. Sedangkan dalam Islam, nilai amal bukan hanya pada jumlahnya, tetapi pada keikhlasan dan manfaatnya.

Mungkin RM30 kita tidak terasa besar di sini.

Tetapi di sana, ia boleh menjadi makanan, air bersih dan keperluan asas untuk mereka yang sedang bertahan.

Mungkin kita tidak mengenali mereka.

Tetapi Allah tahu kepada siapa bantuan itu sampai.

Dan Allah juga tahu hati siapa yang tergerak untuk membantu.

Setiap sumbangan, sekecil apapun, adalah cahaya harapan bagi mereka yang sedang dalam kegelapan.

Bantu hari ini. Tukar hidup mereka esok.


Hari Ini, Kita Bantu Mereka Bertahan

Bantu sekadar mampu. Moga Allah jadikan sumbangan ini sebagai sebab turunnya rahmat, ringannya beban saudara kita, dan beratnya timbangan amal kita di akhirat.


Untuk menyumbang kurang dari RM 30 atau seikhlas hati

Boleh terus bank in ke


Pertubuhan Global Hayat

5622 6361 4906
Rujukan : Hayat Lubnan 02

Salurkan sumbangan anda hari ini dan bersama kami menghantar lebih banyak bantuan kecemasan ke Lubnan.

© 2026 Bantuan Kecemasan Lubnan


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
BANTUAN KECEMASAN LUBNAN RM500
BANTUAN KECEMASAN LUBNAN RM200
BANTUAN KECEMASAN LUBNAN RM100
BANTUAN KECEMASAN LUBNAN RM50
BANTUAN KECEMASAN LUBNAN RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN