Bantuan Kecemasan Lubnan

Kecemasan Kemanusiaan

Bantuan Kecemasan Lubnan

Saat Saudara Kita Diuji, Di Situlah Iman Kita Dipanggil


Ada saatnya Allah memperlihatkan kepada kita ujian yang menimpa saudara seiman, bukan sekadar untuk kita tahu… tetapi untuk melihat, apa yang akan kita lakukan setelah tahu.

Hari ini, Lubnan kembali diuji dengan krisis kemanusiaan yang sangat berat.

Sejak konflik memuncak semula pada Mac 2026, ramai keluarga terpaksa meninggalkan rumah. Ada yang berlindung di pusat perlindungan sementara, ada yang hidup dalam keadaan serba tidak menentu.

Sehingga 30 April 2026, Kementerian Kesihatan melaporkan:

2,586 kematian
184 kanak-kanak
296 wanita
8,020 kecederaan

Antara yang paling terkesan ialah pelarian Palestin di Lubnan serta rakyat Lubnan yang kini kehilangan akses kepada keperluan asas harian.

Bila Makanan Menjadi Ujian

Dalam suasana biasa, makanan mungkin hanya menjadi rutin harian kita.

Tetapi bagi mereka yang sedang diuji, makanan boleh menjadi sebab seorang anak mampu bertahan. Air bersih boleh menjadi sebab sebuah keluarga terhindar daripada penyakit. Kit kebersihan boleh menjadi sebab mereka masih dapat menjaga maruah dan kesihatan diri.

Eskalasi konflik telah mendorong hampir satu perempat daripada populasi Lubnan ke arah ketidakjaminan makanan yang akut.

Sebelum Mac 2026, seramai 961,000 orang sudah pun terjejas.

Maka di sinilah kita faham, bahawa bantuan makanan bukan sekadar memberi makan. Ia adalah ikhtiar menjaga nyawa. Ia adalah tanda kasih sesama insan. Ia adalah amal yang mudah, tetapi besar nilainya di sisi Allah.

Bantuan Awal Telah Disalurkan

Alhamdulillah, bantuan awal daripada pihak NGO telah pun diberikan kepada sebahagian keluarga yang terkesan.

Namun, keperluan di lapangan masih besar.

Masih ada keluarga yang menunggu makanan.

Masih ada ibu ayah yang memikirkan apa yang boleh diberikan kepada anak-anak.

Masih ada pelarian Palestin dan rakyat Lubnan yang memerlukan air bersih, kit kebersihan dan keperluan asas.

Apa Yang Akan Disalurkan?

Sumbangan anda akan membantu menyediakan bantuan kecemasan asas seperti:

Pek makanan asas
Bekalan air bersih
Kit kebersihan keluarga
Keperluan asas untuk pusat perlindungan
Bantuan segera mengikut keperluan semasa

Setiap bantuan yang sampai mungkin terlihat kecil pada kita. Tetapi bagi mereka yang sedang menunggu, ia boleh menjadi jawapan kepada doa yang mereka panjatkan.


Jangan Pandang Kecil Kebaikan

Kadang-kadang kita menunggu mampu memberi banyak, lalu akhirnya kita tertangguh daripada memberi sedikit.

Sedangkan dalam Islam, nilai amal bukan hanya pada jumlahnya, tetapi pada keikhlasan dan manfaatnya.

Mungkin RM30 kita tidak terasa besar di sini.

Tetapi di sana, ia boleh menjadi makanan, air bersih dan keperluan asas untuk mereka yang sedang bertahan.

Mungkin kita tidak mengenali mereka. Tetapi Allah tahu kepada siapa bantuan itu sampai. Dan Allah juga tahu hati siapa yang tergerak untuk membantu.

Hari Ini, Kita Bantu Mereka Bertahan

Kita jauh dari Lubnan, tetapi kebaikan tidak pernah terhalang oleh jarak. Bantu sekadar mampu.

Moga Allah jadikan sumbangan ini sebab turunnya rahmat, ringannya beban saudara kita, dan beratnya timbangan amal kita di akhirat.

Salurkan Sumbangan

Klik Sekarang Untuk Bantu Lubnan

SUMBANG SEKARANG

Untuk sumbangan kurang dari RM30 atau seikhlas hati

Boleh terus bank in ke:

Pertubuhan Global Hayat

5622 6361 4906

Rujukan : Hayat Lubnan 05

Pertubuhan Global Hayat © 2026


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
BANTUAN KECEMASAN LUBNAN RM500
BANTUAN KECEMASAN LUBNAN RM200
BANTUAN KECEMASAN LUBNAN RM100
BANTUAN KECEMASAN LUBNAN RM50
BANTUAN KECEMASAN LUBNAN RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN